Powered By Blogger

Thursday, March 13, 2014

Kajian: Bekerja ikut giliran shift buat pekerja jadi gila.



KAJIAN mendapati individu yang bekerja mengikut giliran syif berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser, diabetes, strok serta masalah mental.

Kajian itu juga menunjukkan bekerja pada syif malam meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga tiga kali ganda.Pakar penyelidik dari Pusat Penyelidikan Tidur di University of Surrey, England, Profesor Derk-Jan Dijk berkata, bekerja secara syif dikatakan dapat memusnahkan sehingga 1,500 gen dalam tubuh manusia. Tubuh manusia mempunyai kira-kira 24,000 gen.

Menurutnya, gangguan terhadap kitaran 24 jam semula jadi badan akan secara tidak langsung mengubah pola irama gen.Untuk menilai kesan ke atas tubuh, penyelidik menempatkan 22 orang responden mengikut jadual 28 jam sehari tanpa kitaran cahaya gelap semula jadi.

Hasil kajian mendapati, kitaran tidur-jaga mereka tertangguh sehingga empat jam setiap hari menyebabkan mereka tidur 12 jam berbeza daripada hari normal.Sampel darah juga menunjukkan pengurangan enam kali ganda dalam bilangan gen dalam tempoh kira-kira 24 jam.Pengurangan gen itu dipercayai mempengaruhi kitaran tubuh dalam jangka masa panjang sekali gus mengakibatkan masalah kesihatan.


Sumber: Kosmo!


Monday, February 24, 2014

KHASIAT HALBA UNTUK KESIHATAN


HALBA



Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai;cina: Hu Lu BaInggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)Tamil : Vendayam

Rumah mamamia memang selalu ada stock halba.  Selalu digunakan untuk masak asam pedas. (dan juga bahan wajib dalam nasik dagang).Mamamia kan anak Kelate....hihiihi


***Khasiat halba untuk Stamina, kecergasan, juga utk menstabilkan gula dlmdarah, sesiapa yg ada masalah diabetis boleh juga cara ni.
 Cara-caranya :- Goreng halba tanpa minyak - jgn plak sampai hangusMasukkan dalam dalam bekasCampurkan air panas, biarkan sehingga suam-suam kuku dan bolehlah diminum.



Jika diamalkan selalu,  Insya-allah dpt membantu.   (Drpd minum Coke yang takde khasiat)Lepas ni kita mesti ada stok a least 1 kilo halba kt rumah...

Rasulullah saw bersabda :"Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sangguptukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? "
Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yangmurah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedaimamak sahaja.
Rasulullah saw bersabda :
" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sangguptukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "Books of Sufi Healing m.s.58)


Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yangsedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldahdatang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makanHalba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
" Gunakanlah Halba sebagai ubat"( Qamus Al-Tibb � Ahad Qodamah-Mesir)

Inilah rhupe HALBA'














KEGUNAAN Halba
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia
3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib
China untuk rawatan mati pucuk.
Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh
Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.
MANA NAK DAPAT Halba
Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil di
pasaraya.



Thursday, February 20, 2014

APA PUNCA ANAK DERHAKA-MESTI BACA!!

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL 

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.  Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers 
a

Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .
5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya..
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.
13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .  Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..
15.. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda  

Wednesday, February 19, 2014

Nasi dagang ala kelantan

16 Feb 2014- Sebagai memenuhi permintaan anakanda tercinta yang teringin sangat nak makan nasi dagang, maka dengan bersemangatnye Mamamia angkat periuk belanga yang sedikit bersawang.
Almaklumlah, sejak anakanda dok kat asrama maka jarang sangatlah Mamamia masak..abis2 beli lauk dan cuma masak nasik, atau makan kedai terus ataupun menapau dari rumah mak mertua..
Cubaan kali pertama dulu memang tak memuaskan hati langsung, tapi belajar dari pengalaman, hasilnya kali ni sedikit membanggakan.Sume pun macam bersemangat makan....Alhamdulillah.Tercapai jugak hati si anakanda.
Untuk menghasilkan nasik yang lembut dan elok, beberapa perubahan telah dibuat, termasuklah menggunakan 3 jenis beras dan juga meletakkan beberapa helai daun pandan bagi mewangikan nasi.
Resepinyer adalah:-

Untuk Nasi 
1 kilo beras nasi dagang
1 cawan setengah beras pulut
1 cawan beras biasa
(Campurkan bersama & rendam semalaman)
daun pandan 
1/2 kilo santan
secubit garam
sebuku halia-mayang halus
10 ulas bawang merah- mayang halus
halba
Cara-caranya:-
Sejatkan air, letak dalam pengukus dan kukus.Bila sudah mengewap, keluarkan nasi.Campurkan santan,bawang merah dan halia yang dimayang halus, halba dan secubit garam kedalam mangkuk dan sebatikan.Masukkan campuran kedalam nasik sambil di gaul balikkan sampai nasi sedikit lembut.Masukkan daun pandan yang telah dicarik-carik kedalam nasi, dan kukus lagi untuk kali kedua.Bila sudah keluar wap dan buka tudung pengukus, gaul-gaulkan sedikit, tutup lagi dan biarkan ia masak serata.

 Untuk Sambal ikan 
2 ekor ikan selayang/curut-dibakar atau rebus dan diambil isinya sahaja
kelapa parut-disangrai (seperti membuat kerisik)
3 batang serai
4 ulas bawang merah
sedikit garam dan gula
sedikit lada hitam (disangrai bersama kelapa parut)
Cara-caranya:-
(Apabila kelapa parut sudah berwarna kecoklatan, semua bahan diatas ditumbuk bersama sampai halus)

Untuk Gulai ikan cara Kelantan
Ikan kayu/Aya -Di kukus semalaman (rebus dengan mencampurkan garam, asam keping & 2 camca cuka (Untuk mengelakkan isi ikan hancur)
Sebuku lengkuas
7 ulas bawang merah
Sedikit kunyit hidup
10 Biji cili kering
1 kilo santan
Asam keping
Cabai hijau
secubit beras-Untuk melikatkan gulai
Cara-caranya:-
Kisar semua bahan sampai halus.(lengkuas, bawang merah, kunyit, cili kering & beras)
Tuangkan sanatan kedalam ikan yang telah dikukus. Masukkan bahan yang telah dikisar & gaulkan sebati.
Masukkan garam, asam keping dan sedikit gula.
Biarkan sampai mendidih.Kecilkan api & masukkan cabai hijau.

******************************************************

syedapp...!

Sepinggan nasik dagang berlaukkan gulai ikan & kari ayam.Serasi bersama sambal ikan & jugak acar mentah timun & karot.



Friday, January 17, 2014

Gambar-gambar menarik Muzium P.Pinang.Ada ummmpppph!!!..


Sebenarnya dah 2 kali mamamia kesini..bersama hasbend & anak-anak pada kali pertama, dan kali keduanya mamamia bawa sekali rombongan 'Cik Kiah'..
Kat mana-mana negeri pun memang mamamia teruja jika ke Muzium..seronok tengok tinggalan-tinggalan lama, benda-benda antik yang kebanyakannnya pernah kita lihat di zaman-zaman kecik kita.
Salah satu sudut menarik di dalam muzium...pemandangan kedai kopi pada zaman 80-an ..Try fokus tang serbuk kopi cap kuda berlari dan cawan-cawan klasik tu...
Muzium Penang juga tersendiri dari segi rekabentuk bangunan batunya yang bercirikan kolonial British.Berukir-berukir disana-sini. Di dalamnya terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut tema masing-masing.Ada ruang khusus untuk perkahwinan Baba Nyonya, perkahwinan melayu & perkahwinan masyarakat India.(Tingkat pertama)

LUKISAN LAMA.
Ditingkat kedua pula banyak pameran-pameran lukisan lama yang menggambarkan pemandangan P. Pinang pada zaman dulu.Pelukisnya merupakan salah seorang warga Inggeris yang pernah dihantar ke Pulau ini sedikit masa dulu.

PERABOT ANTIK
Mamamia juga teruja dengan perabot-perabot antik yang terdapat disana..contohnya almari hiasan yang sarat diukir dengan corak bunga-bungaan.(seperti gambar dibawah)
Meja solek zaman dulu diperbuat daripada kayu yang kukuh (dari kayu cengal mungkin)
Satu lagi almari antik  sarat berukir motif flora.

Katil pengantin masyarakat melayu lama yang bertiang empat.Rasa nk baring jer....

Replika rumah melayu P.Pinang
Dewan Tradisional Cina

Katil Pengantin Masyarakat Cina
 Jom singgah ke Pulau Pinang....dan jangan lupe singgah sebentar ke Muzium P.Pinang.Walau aturcara nampak 'keklasikan' gitu, tapi tak rugi menjengahnya.
Ok. Bila ada kelapangan nanti Mamamia akan kongsikan cerita-cerita & gambar menarik sepanjang 'acara' ala-ala 'Jalan-jalan cari makan' Mamamia.Sampai jumpe lagi...!