APA PUNCA ANAK DERHAKA-MESTI BACA!!
Sabda Rasulullah s.a.w.
"Berguraulah dengan anak
kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.
Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika
suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan
rapat. Lepas tujuh hingga 14
tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana
yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan
ditempat-tempat yang sensitif... . itu
salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang
pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka
sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14
hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi
selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini
menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak
harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih
dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca
daripada rasa bosan. Belum sempat
letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya.
Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka
di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain,
balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya.
Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup."
Jangan kita
tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka,
jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah
seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan
mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK
TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur
walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak
hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak
berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau
berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak
berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah
tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai,
sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan
ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang
samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM
MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah
insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan
sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah
kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula
kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan
mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal,
minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas
rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat.
Hidup tidak tenteram atau bala turun.
Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah,
jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini.
Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke
peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa
harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat
mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN
BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan
bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa
sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku
pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali
kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama
agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun
kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya
golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil
kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA
MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita
menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti
tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang
melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan
terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin
hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada
Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua
dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu
bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua
rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah
adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka
berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi
Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail
tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu
berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan
kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol
kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang
berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih
tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan
dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim
tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah
cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada
sebanyak 501 tips yang diberikan oleh
penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan
seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut
penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis
berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah
mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh
membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers
merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;
1.Mulakanlah hidup anak
anda dengan nama panggilan yang baik. Nama
panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah
diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah
digalakkan).
2.Berikan anak anda
pelukkan setiap hari (Kajian
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih
kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3.Pandanglah anak anda
dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda
lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4.Berikan peneguhan
setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman,
hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang
dilakukannya) .
5.Janganlah mengharapkan
anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara
berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang
berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara
termasuklah berbuat silap.
6.Apabila anda
berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah
keluarga (Seorang penulis menyatakan
anak-anak terus membesar. Masa itu terus
berlalu dan tak akan kembali).
7.Di dalam membesarkan
dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak
merasakan diri mereka beban.
8.Dengarlah
cerita anak anda,
cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan
datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini
akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9.Tenangkan anak anda
setiap kali mereka memerlukannya .
10.Tunjukkan
kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11.Buatkan sedikit
persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya..
Sediakanlah hadiah harijadi yang
unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar
menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar
menghargai orang lain).
12. Kemungkinan
anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar.
Mereka mungkin
memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13.Luangkanlah masa
bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan
dengan mereka . Mereka
tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami
isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri
anak-anak anda. Mimpi ngeri
mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..
15.. Hargailah permainan
kesayangan anak anda. Mereka juga
dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan
daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah
kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16.Janganlah membiarkan
anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.Terimalah
yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu
bapa.
18.Jangan
selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja
pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk
melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect
sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua
puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa
sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka
sendiri..
20. Anak-anak juga
mempunyai perasaan seperti anda.