Powered By Blogger

Wednesday, February 19, 2014

Nasi dagang ala kelantan

16 Feb 2014- Sebagai memenuhi permintaan anakanda tercinta yang teringin sangat nak makan nasi dagang, maka dengan bersemangatnye Mamamia angkat periuk belanga yang sedikit bersawang.
Almaklumlah, sejak anakanda dok kat asrama maka jarang sangatlah Mamamia masak..abis2 beli lauk dan cuma masak nasik, atau makan kedai terus ataupun menapau dari rumah mak mertua..
Cubaan kali pertama dulu memang tak memuaskan hati langsung, tapi belajar dari pengalaman, hasilnya kali ni sedikit membanggakan.Sume pun macam bersemangat makan....Alhamdulillah.Tercapai jugak hati si anakanda.
Untuk menghasilkan nasik yang lembut dan elok, beberapa perubahan telah dibuat, termasuklah menggunakan 3 jenis beras dan juga meletakkan beberapa helai daun pandan bagi mewangikan nasi.
Resepinyer adalah:-

Untuk Nasi 
1 kilo beras nasi dagang
1 cawan setengah beras pulut
1 cawan beras biasa
(Campurkan bersama & rendam semalaman)
daun pandan 
1/2 kilo santan
secubit garam
sebuku halia-mayang halus
10 ulas bawang merah- mayang halus
halba
Cara-caranya:-
Sejatkan air, letak dalam pengukus dan kukus.Bila sudah mengewap, keluarkan nasi.Campurkan santan,bawang merah dan halia yang dimayang halus, halba dan secubit garam kedalam mangkuk dan sebatikan.Masukkan campuran kedalam nasik sambil di gaul balikkan sampai nasi sedikit lembut.Masukkan daun pandan yang telah dicarik-carik kedalam nasi, dan kukus lagi untuk kali kedua.Bila sudah keluar wap dan buka tudung pengukus, gaul-gaulkan sedikit, tutup lagi dan biarkan ia masak serata.

 Untuk Sambal ikan 
2 ekor ikan selayang/curut-dibakar atau rebus dan diambil isinya sahaja
kelapa parut-disangrai (seperti membuat kerisik)
3 batang serai
4 ulas bawang merah
sedikit garam dan gula
sedikit lada hitam (disangrai bersama kelapa parut)
Cara-caranya:-
(Apabila kelapa parut sudah berwarna kecoklatan, semua bahan diatas ditumbuk bersama sampai halus)

Untuk Gulai ikan cara Kelantan
Ikan kayu/Aya -Di kukus semalaman (rebus dengan mencampurkan garam, asam keping & 2 camca cuka (Untuk mengelakkan isi ikan hancur)
Sebuku lengkuas
7 ulas bawang merah
Sedikit kunyit hidup
10 Biji cili kering
1 kilo santan
Asam keping
Cabai hijau
secubit beras-Untuk melikatkan gulai
Cara-caranya:-
Kisar semua bahan sampai halus.(lengkuas, bawang merah, kunyit, cili kering & beras)
Tuangkan sanatan kedalam ikan yang telah dikukus. Masukkan bahan yang telah dikisar & gaulkan sebati.
Masukkan garam, asam keping dan sedikit gula.
Biarkan sampai mendidih.Kecilkan api & masukkan cabai hijau.

******************************************************

syedapp...!

Sepinggan nasik dagang berlaukkan gulai ikan & kari ayam.Serasi bersama sambal ikan & jugak acar mentah timun & karot.



No comments:

Post a Comment